TUAN LEE CONSULTING
  • Tuan lee consulting (USA)
  • language tutorial
  • Digital Books
  • Contact & local time
    • ABOUT US >
      • Talent Referrals >
        • Teachers Training
  • Versi Melayu
Tuan Lee Consulting (USA) dimiliki sepenuhnya oleh individu Melayu berkewarganegaraan Amerika.  Kami bekerjasama dengan beberapa pemilik perniagaan yang berunsur pendidikan akademik dan praktikal dalam bentuk perlatihan berasaskan teknologi semasa serta pendekatan terbuka dan tampil-diri (in person).  Berikut adalah khidmat yang kami sediakan buat masa kini untuk pelanggan di Malaysia, Indonesia, Brunei Darul Salam dan Singapura::

1. Khidmat pengurusan dan pendaftaran untuk seminar dan lawatan seni jurubina lama di London, UK.

2. Khidmat nasihat dan kaunseling untuk bakal pelawat, ahli perniagaan, penduduk tetap dan pelajar dari Malaysia di USA.

3. Khidmat peribadi (in person and personalized) nasihat dan tunjuk-cara untuk pelawat individu ke USA untuk upacara kesenian atau tujuan perniagaan. 

4. Khidmat prihatin dan kaunseling untuk pelajar Malaysia yang masa kini menuntut di universiti di USA bagi pihak ibubapa di Malaysia.

5. Khidmat berita, penyampaian berita dan fotografi untuk stesen media elektronik dan vlogger.

6. Khidmat kerja-siasat bagi tujuan pencarian, penyewaan dan pembelian kediaman peribadi (rumah kedua atau rumah percutian) di USA.

7. Khidmat penerangan, penterjemahan dan latihan Bahasa Inggeris Amerika sambil bercuti (eduvacation) secara perseorangan dan berkumpulan kecil di USA.

8. Khidmat kerja siasat kesahihan/ketepatan info perniagaan, pusat pendidikan swasta dan kolej di USA.

9. Khidmat tutorial latihan Bahasa Inggeris Amerika di talian (online).

​10. Khidmat tunjuk cara dan nasihat untuk bakal penduduk sementara atau penduduk tetap di USA di talian (online)..


Kami bersedia menimbang permohonan untuk khidmat khusus tertakluk pada peraturan dan undang-undang negara tempatan.  Sila hubungi kami melalui laman Contact.     Video di bawah ini adalah rakaman saya tentang kehidupan saya sebagai orang Melayu di Pennsylvania, USA.  Jangan lupa SUBSCRIBE, ya!
Copyright © 2019 Tuan Lee Consulting (USA).  Images by Lee Rahman and Dr. Azma Hamid. 
Tuan Lee Consulting is a US based independent consultant specializing in personnel training and referral services for select service industry and educational providers. We are equal opportunity service providers.
  • Tuan lee consulting (USA)
  • language tutorial
  • Digital Books
  • Contact & local time
    • ABOUT US >
      • Talent Referrals >
        • Teachers Training
  • Versi Melayu